JAWAPAN UNTUK KOMEN-KOMEN DALAM BLOG INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog Drleen. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih sebab masih membaca blog saya dan bertanyakan soalan. Saya meminta maaf sekiranya saya tidak membalas atau lambat membalas pertanyaan-pertanyaan yang ditanyakan dalam blog ini. Kadang-kadang saya tidak mampu untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang dikemukakan di atas sebab terlalu banyak soalan yang ditanya dan saya juga ketiadaan masa untuk menjawab. Saya memang suka kalau pembaca-pembaca menanyakan soalan kerana ini menunjukkan tahap kesedaran tentang gigi semakin banyak. Tidak seperti dahulu di mana semua jawapan untuk sakit gigi ialah cabut.

Selepas beberapa tahun menjawab soalan-soalan yang diberikan pembaca,saya dapati saya masih lagi menjawab soalan-soalan yang sama. Mungkin pembaca yang menanyakan soalan tak perasan yang soalan yang hendak ditanya telah dijawab sebelum ini. Jadi mungkin pembaca boleh membaca komen-komen untuk mendapatkan jawapan sekiranya soalan yang ditanya serupa. Sekiranya masih tiada jawapan untuk soalan-soalan yang Iingin ditanya, bolehlah menanyakan soalan itu di blog ini ataupun ke e-mail saya : [email protected] ataupun menelefon klinik saya : 03-87394039 ataupun sms ke no klinik saya : 014-6345676 ataupun lagi bagus kalau datang sendiri berjumpa saya di : KLINIK PERGIGIAN DR LEEN, NO 27-1, JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL, KAJANG.

Selepas ini saya akan membuat satu rumusan tentang soalan-soalan yang sering ditanya supaya pembaca-pembaca boleh terus ke page itu dan membaca jawapan kepada soalan-soalan. Saya minta maaf sekali lagi kerana mungkin tidak mampu menjawab soalan-soalan secara direct di blog ini kerana terlalu banyak soalan yang ditanyakan. Saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang ditanya direct ke e-mail ataupun melalui sms.

Insyaallah, saya akan membuat satu website baru untuk klinik saya dan akan memasukkan ruangan blog ke dalam website klinik. Segala sokongan yang diberikan kepada saya untuk terus menulis dalam blog ini amatlah dihargai. Dan saya berharap agar apa yang saya tulis ini berguna kepada semua pembaca-pembaca yang tercari-cari jawapan kepada masalah-masalah gigi. Terima kasih semua.

Advertisement

Privacy Settings


Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *